Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.Jom kita ketahui lebih mendalam lagi tentang kepentingan ...
Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.Jom kita ketahui lebih mendalam lagi tentang kepentingan vitamin c untuk tubuh badan kita.
Vitamin C dapat membantu pembetukan kolagen iaitu sejenis protein.Kolagen adalah struktur yang membantu dalam pembinaan tulang,gigi,sendi,otot dan kulit.Jika selalu diamalkan kulit akan lebih licin,tagang dan cantik.Luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C dapat menjaga salur darah agar tidak mudah pecah,mencegah pengerasan salur darah,membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembetukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.sesiapa yang mengidap darah tinggi digalakkan mengambil vitamin c,untuk mengelak daridapa stroke dan jantung tersumbat.
Vitamin C berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormon fungsi imun).Vitamin c kurang dalam badan akan menyebabkan sistem keimunan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.Mereka yang diserang penyakit adalah disarankan mengambil vitamin c yang banyak untuk proses penyembuhan.