Nikmatilah kopi dengan segala kebaikannya yang memberi manfaat kepada kita semua. Selama ini kopi dianggap minuman untuk lelaki, se...
Nikmatilah kopi dengan segala kebaikannya yang memberi manfaat kepada kita semua.
Selama ini kopi dianggap minuman untuk lelaki, sebenarnya tidak,kopi juga sesuai untuk perempuan dan baik untuk siapa saja. Untuk perempuan banyak sekali manfaatnya untuk kesihatan.Jadi jika kita masih ragu2 soal kopi,di sini ada empat alasan kenapa perempuan harus minum kopi.Selamat membaca.
MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN
Kopi sangat disyorkan diminum oleh perempuan bekerja atau mereka yang memerlukan tumpuan penuh dalam melakukan kegiatan seharian.Oleh itu,kenapa ramai yang mengamalkan kopi sebelum mulakan pekerjaan.Kerana ia memberi tenaga dan semangat.Dengan meminum kopi ia akan memberikan kita lebih daya tumpuan untuk melakukan sesuatu.Tidak hairanlah kenapa kopi dianggap sebagai salah satu minuman penting untuk penggemar kopi,kerana setiap pekerjaan yang dilakukan tidak seperti biasa jika tidak meminumnya sebelum mulakan kerja.
MENGURANGKAN KEMURUNGAN
Seperti yang kita tahu,perempuan paling mudah terkena masalah kemurungan yang disebabkan oleh berbagai faktor.Dalam kajian,perempuan yang mengamalkan kopi risiko kemurungan lebih rendah sepuluh kali dari perempuan yang tidak mengamalkan kopi. Kopi yang di dalamnya terdapat kafein sudah diketahui memiliki zat anti-oksidan yang boleh memberikan efek rileks jika diamalkan dengan baik dan betul. Oleh itu, perempuan yang bekerja atau yang sudah berumah tangga sebaiknya amalkan kopi sihat agar tidak mudah diserang kemurungan.
MEMBAKAR KALORI
Untuk perempuan yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan.kopi adalah salah satu yang perlu diamalkan,kerana berdasarkan sebuah kajian di Amerika Syarikat,kafein terbukti meningkat metabolisme tubuh 3 – 11%. Kafein juga membantu membakar kalori dan lemak yang tidak diperlukan tubuh lebih cepat 10%.Jika badan tidak terlalu gemuk,kafein mampu membantu membakar kalori hingga 29% lebih cepat.Oleh itu,jika anda sedang diet,disarankan untuk mengamalkan kopi yang sihat.
MENYIHATKAN KULIT
Selain serbuk kopi yang boleh digunakan sebagai scrub dan kaedah kecantikan lain,jika anda mengamalkan kopi 2– 3 cawan sehari terbukti mencerahkan kulit dan menjaga keremajaannya.Kajian membuktikan ada zat di dalam kopi yang membantu menjaga kulit anda dari penuaan sebelum usia.Jika amalkan kopi yang sihat,dipercayai melambatkan proses penuaan daripada mereka yang tidak mengamalknannya.Kopi juga memiliki antioksidan yang baik untuk tubuh.Cuba anda fikir,pentingkah kopi untuk anda amalkan?