NAK RAMBUT SIHAT?? MEHH IKUT CARA NI! . . Rambut yang sihat dan kuat memberikan kita keyakinan.Untuk mendapatkan rambut yang si...
NAK RAMBUT SIHAT??
MEHH IKUT CARA NI!
.
.
Rambut yang sihat dan kuat memberikan kita keyakinan.Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kuat bukan sahaja dengan cara penggunaan jenis syampu atau buat rawatan di salon.Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul.
Cara yang berkesan dan tanpa mengeluarkan kos yang banyak dengan mengikut tips tersebut.Dengan beberapa tips ini,anda dapat merealisasikan impian anda untuk mendapatkan rambut yang sihat dan kuat.
SAYUR BAYAM kaya dengan vitamin A,zat besi,beta karotena,folate dan vitamin C.Membantu mencegah rambut rapuh dan mudah rosak.
IKAN & KEKACANG kandungan protien dalam ikan dan kekacang dapat membuat kulit kepala sihat dan membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala.
TELUR membekalkan sumber protien dan vitamin B iaitu biotin untuk rambut sihat.Kekurangan protien dan vitamin B akan menyebabkan rambut gugur.
KAYU MANIS
angat bagus untuk melancarkan peredaran darah.Ia membolehkan folikel rambut mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi.
Ikat rambut TERLALU KETAT menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut.Elakkan mengikat rambut dalam masa yang lama.Ia menyebabkan keguguran rambut.
Elak PENGERING RAMBUT penggunaan pengering rambut dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak.Keringkan rambut dengan tuala atau biarkan rambut kering dengan sendirinya.
URUT KULIT KEPALA ketika mandi,urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah.Kulit kepala sihat dan rambut kuat.
Guna SIKAT RAMBUT yang sesuai membantu melindungi rambut daripada rosak.Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala.Gunakan sikat yang bahagian hujung berbentuk bulat.
Rambut sihat bebas dari masalah,keyakinan terserlah!