Minum kopi di waktu pagi memberi anda lebih bersemangat ketika bekerja dan menjalani aktiviti seharian. Kopi telah terbukti bol...
Minum kopi di waktu pagi memberi anda lebih bersemangat ketika bekerja dan menjalani aktiviti seharian.
Kopi telah terbukti boleh memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.Tidak hairanlah jika ramai orang yang terbiasa minum kopi di pagi hari.Pada waktu pagi, minuman kopi mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.
Kenapa Kita Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi
.
.
Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh kita mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan kita kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan kita telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandungi kafein. Ini adalah hasil penelitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.
Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.
Kalau nak tahu,banyak manfaat minum kopi di pagi hari tau..Manfaat minum kopi bagi kesihatan dan khasiatnya jauh lebih bermanfaat dibandingkan risiko yang didapatkan.Oleh itu,nikmatilah secawan kopi di pagi hari!
KEBAIKAN KOPI UNTUK KESIHATAN
________________________
☕️Menambah tenaga dan semangat
☕️Mewujudkan mood yang lebih baik ketika bekerja
☕️Mengurangkan rasa mengantuk jika
☕️Membantu sperma lebih aktif untuk kaum lelaki
☕️Tinggi antioksidan
☕️Amat bagus untuk memulakan pagi hari
☕️Membantu melangsingkan tubuh
KEBAIKAN KOPI UNTUK KECANTIKAN
________________________________________
☕️Membantu mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
☕️Sebagai skrub kulit
☕️Boleh dibuat sebagai masker
☕️Mengurangkan risiko tumbuh jerawat
☕️Melembabkan kulit
☕️Mencegah timbul selulit
☕️Membantu menanggalkan sel kulit mati
☕️Memberi khasiat untuk kulit
☕️Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata ( meletakkan uncang kopi di kelopak mata anda.)
☕️Membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit.
☕️Membantu menghitamkan rambut
☕️Sebagai ramuan untuk inai rambut
Jangan takut untuk menikmati kopi kegemaran anda. Walau bagaimanapun selain kebaikan kopi juga ada keburukannya. Jadi sila minum berpada-pada. Kandungan kafein yang tinggi tidak bagus untuk wanita yang mengandung, sila ambil dalam jumlah yang diperlukan sahaja.