Green Coffee atau Kopi Hijau adalah biji kopi yang belum dipanggang ,Green Coffee telah digunakan sebagai makanan tambahan berat badan dan ...
Green Coffee atau Kopi Hijau adalah biji kopi yang belum dipanggang ,Green Coffee telah digunakan sebagai makanan tambahan berat badan dan sebagai bahan dalam produk penurunan berat badan yang lain.
Apabila biji kopi dipanggang ianya akan menghilang banyak zat-zat di dalam kopi terutamanya asid klogenik. Jadi, kopi hijau atau kopi yang belum dipanggang banyak mempunyai kandungan asid klogenik yang sangat berkhasiat untuk penurunan berat badan.
Asid klorogenik dalam kopi hijau penting untuk membantu proses penurunan berat badan seperti mana telah disiarkan di dalam rancangan Dr Oz pada tahun 2012.
Dr Oz menyatakan bahawa asid klorogenik dalam kopi hijau mampu membantu membakar lemak dengan cepat dan dibantu dengan cara pemakanan yang seimbang dan senaman .
Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa asid klorogenik dapat membantu melambatkan penyerapan lemak daripada makanan dan juga mengaktifkan metabolisme lemak yang berlebihan.