Siapa sangka bintik keras atau lembut yang berwarna putih atau kuning di kelopak mata adalah indikasi kolestrol yang tinggi dalam darah kit...
Siapa sangka bintik keras atau lembut yang berwarna putih atau kuning di kelopak mata adalah indikasi kolestrol yang tinggi dalam darah kita. Walaupun ianya tidak menyakitkan akan tetapi ia mencacatkan rupa bentuk kulit
Biji kolestrol ini biasanya terjadi di sekitar mata atau di sekitar pipi, lengan , siku , lutut, tangan, kaki , sendi, tendon, punggung dan di mana mana bahagian tubuh
Walaupun kolestrol bukanlah dikategorikan satu penyakit yang berbahaya tapi komplikasi penyakit akibat kolestrol adalah sangat digeruni. Apabila kolestrol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang akan menyumbat dinding arteri dan aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.
Sebab-sebab berlakunya bji kolestrol
1. Kandungan kolestrol LDL dan triglyceride yang tinggi
2. Keturunan tinggi kolestrol (familial hypercholesterolemia)
3. Penyakit hati iaitu sirosis hati yang boleh meningkatkan kuantiti kolestrol dalam saluran darah
Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi
-Sering kebas-kebas pada kaki
-Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, muka dan bahagian leher
-Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
-Sering berasa sakit
-Arteri semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala
-Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. (kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah)
-Senak dada sbelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Cara Rawatan bii kolestrol
1. Pembedahan laser
2. Menggunakan ubat asid seperti asid bichloroacetic atau asid trichloroacetic
3. Pembedahan khas untuk membuang biji kolestrol
4. Krim Kosmetik khas untuk menghilangkan biji kolestrol