Coklat merupakan makanan yang palingdisukai ramai karana rasanya yang lazat.Bukan itu saja,manfaat coklat sangat bagus untuk badan kita. Se...
Coklat merupakan makanan yang palingdisukai ramai karana rasanya yang lazat.Bukan itu saja,manfaat coklat sangat bagus untuk badan kita. Sejarah coklat berdasarkan namanya sendiri dari bahasa suku Aztec berasal dari nama xocoatl yang bermaksud minuman pahit.
Kemudian, coklat dibawa ke Spanyol dan masyarakat di sana memberinya campuran gula sehingga rasanya sangat enak. Dengan perkembangannya, coklat bukan hanya dijadikan sebagai minuman, tetapi juga makanan. Hingga banyak produk makanan coklat yang dijual di pasaran. Hingga sekarang,coklat sudah menjadi salah satu produk makanan yang paling disukai oleh masyarakat.
Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi.
Jika seseorang kekurangan magnesium, masalah-masalah seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS) mudah berlaku. Dengan memakan coklat ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Perkara ini dapat mengurangkan kesan negatif daripada PMS.
Coklat sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan.Jomm makan coklat.Coklat memberi kesan kepada anda seperti berikut:
Melindungi Kulit Dari sinaran UV
Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!
Menghilangkan batuk
Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.
Mengurangkan stress
Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.
Kenyang dan kurang lapar
Coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.
Meningkatkan peraliran darah
Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.
Meningkatkan kadar kesihatan jantung
Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.
Coklat mempunyai beberapa faedah kepada kesihatan kita tanpa diduga. Coklat gelap sememangnya membawa kepada manfaat yang baik kepada kesihatan berbanding coklat yang manis dan mempunyai perasa.
