Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan diperkenalkan oleh orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kaf...
Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan diperkenalkan oleh orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya.Kopi minuman yang boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.
Ramai yang mempunyai pandangan negatif terhadap kopi berikutan kesan yang mereka alami setelah meminum kopi.Mungkin mereka tidak mengetahui tentang khasiat kopi yang memberi banyak manfaat kepada tubuh badan kita.Meskipun begitu,ramai lagi masyarakat kita yang masih mempunyai pandangan yang negatif terhadap kopi.
Pelbagai andaian dan pandangan terhadap minuman berasaskan kopi.Ini kerana, setiap orang mendapat pengalaman yang berbeza.Oleh itu, pendapat juga berbeza. Mari kita merungkai apakah sebenarnya khasiat kopi untuk keperluan tubuh badan kita
-Pengambilan kopi yang kerap mempunyai kebaikan, dimana mampu mengurangkan risiko dari penyakit kanser hati.
-Kopi memiliki sifat anti bakteria yang baik untuk kebersihan mulut.Ia dapat membantu merawat gigi berlubang dan jangkitan gusi.Ia juga berpeluang mengurangkan risiko kanser mulut.
-Kopi telah teruji dapat meningkatkan perlindungan terhadap penyakit yang berhubungan dengan fungsi saraf.Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang kebanyakan menyerang orang yang telah berusia 65 tahun ke atas.
-Kopi memiliki kandungan zat kafein yang tinggi. Sel Adenosin terhadap otak dalam tubuh menyebabkan rasa ingin tidur. Kafein dalam kopi mempengaruhi sel tersebut dan menjadikan pergerakannya lebih lambat untuk kesegaran lebih lama.
-Antioksidan pada kopi membantu mengawal risiko kanker pada tubuh.Kajian di jepun,sejumlah wanita yang meminum kopi 2 kali sehari, risiko terjadinya kanker usus besar menurun sebesar 25%.Ia juga aktif untuk menjaga kulit kepala.
-Hasil analisis terbaru menyatakan,minum kopi sahaja dapat mengurangi diabetes.Para ahli telah membuktikan penyakit diabetes yang terjadi pada seseorang, dapat diturunkan sebesar 50% berkat manfaat kopi.
Jadi, anda boleh minum kopi dengan gembiranya dan minum sekurang-kurangnya satu cawan kopi sehari sudah berbaloi.Untuk kesihatan dan kecantikan.