Kurma atau tamar kebanyakannya tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai jenis.Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tid...
Kurma atau tamar kebanyakannya tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai jenis.Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak.Kurma mempunyai pelbagai khasiat serta memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan.
Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.Ketahui khasiat buah kurma yang memberi manfaat kepada pelbagai aspek kesihatan badan anda.
Mengubati gangguna usus sembelit
-Serat yang ada dalam buah kurma boleh meredakan sembelit dan membersihkan usus besar.Ia memudahkan pembuangan air besar.
Memberi tenaga segera
-Kurma boleh memberi tenaga segera.Glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam kurma adalah sumber tenaga yang baik untuk badan kita.
Baik untuk wanita mengandung atau bersalin
-Dengan kandungan zat besi dan kalsium.Ia sangat sesuai untuk wanita mengandung dan memberi tenaga pada wanita yang lemah selepas bersalin.Ia juga penting bagi pembentukan susu ibu.
Merawat penyakit
-Antioksidan dan asid amino yang ada di dalam kurma, dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung,kencing manis penghadaman, dan penjagaan kulit. Antioksidan dan serat larut dan tidak larut membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.
Menguatkan daya ingatan.
-Khasiat membantu mencerdaskan otak,memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Menguatkan rambut
-Membantu menguatkan rambut pada kulit kepala dan membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung.Dengan kandungan vitamin B dan vitamin B5 dalam kurma ia membantu mencegah masalah rambut.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.Jadikan amalan pemakanan yang penting dalam setiap harian anda.