Buah kiwi gold dan kiwi hijau termasuk dalam golongan buah yang sangat baik untuk diamalkan setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan. ...
Buah kiwi gold dan kiwi hijau termasuk dalam golongan buah yang sangat baik untuk diamalkan setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan.
Mengikut kajian,buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren.Dua kali ganda berbanding avokado.Buah kiwi sangat mudah dijumpai di berbagai supermarket.Jadi mudah untuk anda mendapatkannya.Semudah anda memperoleh manfaat dari buah segar ini.
MANFAAT BUAH KIWI:
*Melindungi dari Kerosakan DNA
Kajian menunjukkan bahawa kandungan dari antioksidan dalam buah Kiwi membantu melindungi DNA sel dari kerosakan membantu mencegah kanker.
*Untuk kesuburan
Buah Kiwi juga sangat baik untuk kalangan wanita muda. Zat-zat mineral buah Kiwi sangat tepat untuk menjaga kesuburan wanita.
*Menjaga kesihatan mata
Kandungan karotenoid pada buah kiwi akan membantu untuk melindungi mata dari radikal bebas yang membahayakan.
*Menjaga kesihatan kulit
Buah kiwi kaya akan vitamin E dan Alfa Linoleic Acid (asam lemak esensial). Vitamin dan mineral ini berperan penting untuk menjaga kesehatan kulit.
*Menjaga pencernaan
Kandungan serat yang tinggi mampu memperlancarkan buang air besar.Serat buah kiwi terbukti sangat efektif untuk membersihkan sistem pencernaan.Ia juga dapat mendorong perkembangan baketria yang diperlukan oleh tubuh
Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah mencukupi untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dilenyek halus