Tomato mempunyai banyak jenis,lebih kurang 7500 jenis yang terdapat di seluruh dunia.Di UK terdapat pelbagai bentuk dan warna ia dikenali s...
Tomato mempunyai banyak jenis,lebih kurang 7500 jenis yang terdapat di seluruh dunia.Di UK terdapat pelbagai bentuk dan warna ia dikenali sebagai Heritage Tomato,contohnya..
-Brandywine Tomato
-Green Grape Tomato
-Cherokee Purple Tomato
Selalunya jenis tomato hybrid mudah didapati di pasaran.Tomato hybrid lebih tahan lasak dan sedap.Tomato hybird terbahagi kepada beberapa jenis iaitu..
-Globe tomato
-Beefsteak tomato
-Oxheart tomato
-Plum tomato
-Pear tomato
-Cherry tomato
-Grape tomato
-Campari tomato
Tomato memang terkenal sudah lama dengan khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan.Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan,malah untuk rawatan yang lainya.Cuma segelintir tidak tahu khasiat untuk perawatannya.
Untuk rawatan kecantikan ia dapat membantu:
MENCERAHKAN KULIT
_______________
Potong 1 atau 2 biji tomato dengan hirisan yang tebal.Gosokkan hirisan tomato ke seluruh wajah hingga rata.Lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang bagus,kulit nampak sihat dan cerah.
MENYEMBUHKAN JERAWAT
________________
Ambil sebiji tomato,hiris dalam beberapa hirisan.Sapu hirisan tomato pada wajah sehingga ia mengeluarkan airnya dan tampal.Biarkan ia diserap dan kering,kemudian cuci hingga bersih.Lakukan setiap malam untuk dapat hasil yang bagus.
MENGHALUSKAN KULIT
_______________
Ambil beberapa biji tomato dan blender serta dicampurkan dengan madu.Pasukan ke seluruh wajah sehingga rata dalam gerakan mengurut.Kemudian cuci menggunakan air suam.
MENGATASI KULIT BERMINYAK
____________________
Ambil beberapa biji tomato dan blender serta ditambahkan dengan jus timun.Dengan cara menggunakan masker,sapukan ke seluruh wajah.Biarkan sehingga kering,kemudian cuci.Jika dilakukan setiap hari,minyak pada wajah akan terkontrol dan pori akan mengecil.
MENGHILANGKAN KELEMUMUR
___________________
Ambil beberapa biji tomato,tambahkan 2 senduk jus lemon dan blender sehingga sebati.Kemudian sapukan pada rambut hingga ke kelit kepala.Elakkan dari menggaru kepala dengan kuku.Biarkan dalam 30 minit da cuci hingga bersih,biarkan rambut mengering dengan sendiri.
Amalkan dengan rawatan sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan tanpa bahan kimia atau efek lain.Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!
